December 15, 2004

Assalamualaikum

Harap semuanya sihat-sihat sentiasa. Di sini Chetam nak memperkenalkan produk terbaru Revell - Mode Color Rinse.

MENGHITAMKAN RAMBUT TANPA PENGGUNAAN PEWARNA(DYE)

Mengapa warna rambut kita boleh berubah warna dan beruban?
Warna rambut seseorang itu ditentukan oleh usia, gen dan kesan hubungannya dengan kandungan dan jenis penghasilan pigmen melanin tetapi warna rambut boleh berubah kerana pengaruh alam sekitar, samaada secara fizikal atau tindakbalas kimia. Dalam zaman moden ini, faktor utama perubahan warna rambut adalah kerana terdedahnya manusia kepada penggunaan bahan kimia. Interaksi pigmen melanin dengan produk berbahan asid akan menggelapkan rambut dan alkali, sebaliknya.

Kesan sinaran matahari juga boleh mengubah warna rambut seseorang. Sinaran UV mengubah pigmen melanin dengan melunturkan fiber rambut. Sesetengah warna rambut seseorang itu lebih cenderung berubah mengikut faktor dalaman seperti hormon dan pembawaan atau pelupusan genetik.

Maka sesetengah orang boleh mencuci rambutnya dengan sabun alkali yang keras tetapi sesetengah orang pula akan mendapati rambutnya tidak lagi gelap setelah beberapa kali cucian.

Mengapa Mode Color Rinse pilihan terbaik untuk mengelapkan rambut tanpa nampak terlalu gelap, tetapi perang/coklat gelap?
Rumusan terdiri daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan bukannya bahan peroksida. Apabila Mode color Rinse disapu pada rambut, ia akan menyerap ke dalam kutikel rambut dan bertindak dengan protein rambut menjadikan eambut berwarna gelap. Lagi kerap Color Rinse disapu, lagi gelap warna rambut sipemakai.

Dengan Mode Color Rinse, penampilan warna rambut anda akan kelihatan warna rambut anda akan kelihatan muda sentiasa. Ia melindungi rambut dari kerosakan pancaran/sinaran matahari serta menjadikan rambut sihat. Formula tanpa minyak ini menjadikan rambut anda mudah didandan.

Cara guna : Keringkan rambut anda selepas syampu. Bila rambut agak kering, sapukan Mode Color RInse secara rata ke seluruh rambut atau bahagian rambut tertentu. Sapukan setiap hari pada rambut yang bersih. Rambut yang beruban akan nampak lebih menggelap.

Manafaatnya :- Melindungi warna rambut anda
- Menguatkan dan memberi khasiat kepada rambut anda
- Menjadikan rambut beruban kembali coklat kehitaman
- Melindungi rambut dari rosak akibat pengering rambut dan faktor alam sekitar
- Menyegarkan warna rambut yang tidak bermaya lagi.
- Sebagai perapi rambut sambil menjadikannya mudah didandan dan berkilau

Disarankan untuk wanita dan lelaki tidak kira apapun jenis rambut.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

JOM JERIT
Name :
Web URL :
Message :
smileys